Tuesday, June 21, 2011

baby!!!!!!!!!!!!! 16 fakta menarik tentang bayi....

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.Bayi mempunyai deria bau yang kuat.

5. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. 

 
 
7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.

9. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

10. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

11. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

 

13. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

14. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



Salam Ukhuwah..~

Tuesday, June 7, 2011

jom baca fakta tersebut !!!!!


---> Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
       akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
       satu perkataan.

  


---> Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
      di telefon sepanjang hayatnya.
 
---> Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
      hidupnya.

---> Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
      iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

---> Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
     melebar sebanyak 300 milimeter.

--->  Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
       selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
       kawal.

---> Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
     jantung.

---> Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
      darjah Celcius.

---> Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

---> Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

---> Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

--->Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

--->Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
    telur setiap hari.

---> Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
     di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
     peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
     air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
     sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.


---> Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
      ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

---> Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
     Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
      bawah paras beku pernah dicatitkan.

---> Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
     berat badannya dalam masa 36 jam.

---> Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
     kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
     kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
     ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

---> Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
     boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
     lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

---> Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
     sentiasa siang.

---> Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
     dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
    betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
 

---> Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
      anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
     kopi.