Wednesday, October 31, 2012

UNTUK SEORANG SAHABAT



Helaian demi helaian buku itu diselak. Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna hijau jatuh dari salah satu helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan muka sampul itu 
“UNTUK SEORANG SAHABAT” . Hati tertanya-tanya siapa empunya surat itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat di dalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas putih itu…

****************************************************

“UNTUK SEORANG SAHABAT”

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.

Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….

Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.






***********************************************

Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada di dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membacanya isi surat ini. Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.


Sangat merindui sahabat jauh disana :')


KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .



2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

Monday, September 24, 2012

rehlah mahabbah di Tasek Pergau

Taman Tasek Santuari di Pergau..



sempat lagi posing waktu dhuha :) 




bersama dengan sahabat,akhi tajuddin :)
pantang jumpa camera .. hihihi


smile :)




kabus mula menyelubungi.. :)




credit kepada sahabat yg suka shoot curi-curi..
apa-apa pun,nice shoot.. :)



waktu paling disukai (sunrise)



Bersama ustaz Pi ( yg berserban) dan sahabat -sahabat
seperjuangan :)



 waktu paling dingin :)





meng''studyweek'' di sini .. hahahaha.. 

Thursday, May 24, 2012

Memang Kreatif !!


just see that !!
apabila sayur di'haiwan'kan dari penggubah yang kreatif..



ikan



komuniti peguin sedang berbicara =)




bunga kubis di 'biri-biri'kan.. comel 



gemuk-gemuk la lada ni.. ermm..


comel.. arnab merah !!



apa ini ?? krohhh.. krohh...



ubi di tikuskan. hahahah



Baby Iris

Dingin sungguh malam ini,bertemankan hujan yang turun.. rindu plak rasa kat adik iris.. baby comel ,anak sepupuku.. huhuhu.. walaupun umurnya baru 7 bulan,tapi celotehnya mampu buat aku tersenyum.. :)
hati yang serabut menjadi tenang bila lihat iris senyum.. allahurabbi.. sgt comel. =)


semoga suatu hari nanti adik iris ni akan menjadi seorang wanita solehah yang sentiasa di jalan ALLAH .. allahuma aminn.. :')