Thursday, October 27, 2011

sahabatku......

Kau bilang kau sahabat
Sehingga dirinya menaruh percaya,
Namun percaya yang diharapkan
Kian pudar ditelan zaman
Selari tuanya umur persahabatan.
Kau bilang kau sahabat
kenangan dulu kau lupakan.
Sedang dia setia bersamamu.
Sedang dia mengubur burukmu.
demi menjaga maruahmu.
dek masa yang berlalu


Kau bilang kau sahabat,
Salah temanmu kau biarkan,
Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,
Sedang dia tidak jemu mencarimu,
Bimbang dengan kehidupanmu disana.

Kau bilang kau sahabat.
maruahnya kau tidak peduli,
Bukan hanya kepada seorang,tapi kepada semua,
Sedang maruahmu dijaga olehnya,
Sedang aibmu erat digenggamnya.
Kau bilang kau sahabat,
Baikmu hanya dirimu sahaja,
Tidak peduli kepada si dia,

Katamu, dia sudah baik sempurna dan perlu kepada yang lebih baik.
tapi,tahukah kamu bahawa maruah seseorang sahabat itu amat penting
Ah! Kau lupa, dia juga manusia.
Kau bilang kau sahabat,
Ya, kau memang sahabat baginya,
sahabat paling baik.
Walaupun doamu tiada,
Namun doanya untukmu tetap tersedia,
Percaya yang kian sirna,
Dikukuh kembali, dipatri rapi,

Ya, dia masih percaya,
Percaya kau sebagai sahabatnya.
Baginya kau masih sahabat,
Sahabat dunia Akhirat,
Walau bagimu dia bukan sesiapa,
Bagimu dia hanya sahabat dunia.
sahabatku...
aku tidak mengharapkan supaya engkau terimaku,
kerana itu permintaan yang paling besar bagiku,
aku hanya berharap pada suatu hari nanti,
engkau akan tersenyum melihatku
dan berkata dalam hati manjamu..

''sahabat  itulah yang sentiasa menyayangiku dan tidak pernah berputus asa mengambil berat tentangku walaupun aku tidak menghargainya"


ya ALLAH.. indahnya persahabatan jika dihayati dengan keikhlasan..
tidak kerana lahiriah dan tidak juga kerana kelebihan yang ada pada diri.. :')
ya ALLAH.. berilah kami  hidayahmu untuk kami kekal dalam jalan dakwahmu,,aminnn..

No comments:

Post a Comment