Tuesday, September 13, 2011

Andai Masih ada Rindu



Hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..


Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
aminnnnnnnn....

Tuesday, September 6, 2011

Berdoalah kepada ALLAH..




 Ya ALLAH…

Seandainya Engkau telah catatkan dia milikku tercipta buatku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkan kebahagiaan  antara kami..


Agar kebahagian itu abadi..

Dan Ya ALLAH  Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani..

Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi..

TETAPI  Ya ALLAH…

Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,

Bawalah dia jauh dari pandanganku dan luputkan ia dari ingatanku,

Engkau peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta Ya ALLAH Ya Tuhan Yang Maha Mengerti..

Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja nan merah  agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya..

Dan Ya ALLAH  Yang Tercinta..

Gantikan yang telah hilang,tumbuhkan kembali yang telah patah..

walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya  ALLAH  Ya Tuhanku…

Pasrahkan kau dengan takdirMU,,,Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku..

Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya ALLAH ..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat..

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..

Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku engkau ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,

supaya aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup

ke jalan yang Engkau redhai..

dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh..AMIN….Ya Rabbal A’lamin.. :’)